Saturday, 13 December 2014

#DIAgnosis



Authors;
Dr. Anwar Fazal, MD – Dr. Aizzat, MD – Dr. Azah, MBBS

Pages; 
142

Price;
RM 20.00 
*I am not sure whether the price are the same at all bookshops*

Publisher;
Dubook Press

Description;

Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu:

1) Kaya
2) Bergaya
3) ‘Glamour’
4) Rasa ‘Superior’

Lupakan serta merta. Kuburkan cita-cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan kamu semua di atas, bukan kerjaya kedoktoran.

Ini kerjaya yang akan buat kamu rasa betapa dengkelnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa Dia. Ini kerjaya yang boleh buat kamu lebih hargai setiap degup jantung manusia kerana ia mampu berhenti tiba-tiba, pada bila-bila masa. Ini kerjaya yang boleh buat kamu terpaksa korbankan banyak perkara yang kamu mahu di dunia (antaranya cinta) kerana mahu menyelamatkan nyawa.

Maka kerana itu DIAgnosis tercipta untuk memberi inspirasi dan pengajaran bukan hanya pada doktor, bakal doktor atau semua yang bekerja dalam bidang perubatan tetapi juga disasarkan pada semua lapisan masyarakat.

Moga usaha kecil ini Dia terima sebagai saham akhirat. InshaaAllah.

“Setiap DIAgnosis itu hakikatnya datang dari DIA. Doktor hanya perantara.”

Selamat membaca.

------

My Review

The first time I ever heard about this book is at Twitter. I can’t understand why there’s so many people talk about this book here and there. Hashtag #DIAgnosis is everywhere.

Saya try survey, buku ni pasal apa sebenarnya? Since all the authors are doctors, so I assume ini buku perubatan. Yeah, medical-based book. So saya macam tak berminat jugalah at first. Because I am not a medic student and my field is far far faaaarrr awayyyyyy from medic *nampak tak ke’far’an-nya tu*

And I was like, wow ramainyaaaaa budak medic kat Twitter ni – just because everyone is talking about that book HAHAHA! *I am stereotyping, this is not good*

Ok dah.

To make it short, I borrowed this book from my roommate, Zati - she’s not a medic student too.

I can say this book is the compilation of experience in medical field faced by these three awesome doctors.

Dr. Anwar Fazal yang bekerja di sebuah hospital kerajaan menulis tentang pengalaman-pengalamannya sewaktu mengendalikan pesakit. Memang banyak kerenah pesakit beliau and I even laugh too bila tiba part yang saya rasa kelakar!

Ya, dengan pesakit yang kurang sabar, yang menipu semata-mata kerana inginkan MC, yang ingin kembali ke pangkal jalan dan banyak lagi. Serius best!

Kadang-kadang saya terfikir juga, ada tak aku buat perangai macam tu kat mana-mana doktor? Rasanya tiada. Saya kan budak baik. *ehh

Dr. Azah Isa pula menulis empat buah cerpen pendek yang saya  rasa ibrahnya sangat banyak. Cerita yang mungkin ringkas tetapi sarat dengan moral dan pengajaran.  I am not sure whether they are her own experiences or what, but I can say the stories are just awesome!

Honestly keempat-empat cerita amat menyentuh hati saya. Cerita tentang pengorbanan seorang isteri, ibu, perjuangan seorang yang ingin lahir ke dunia, si ibu muda yang mempunyai anak ‘sebelum masanya’, dan mengapa kebanyakan pakar sakit puan adalah dalam kalangan doktor lelaki dan bukannya perempuan.

I love the stories :)

Dan Dr. Aizzat iaitu suami kepada Dr. Azah sendiri juga turut menulis beberapa buah cerpen yang cukup menginspirasi!

Azam seorang bakal neurosurgeon, kasih ibu dan anak dan kisah kematian yang pada saya amat menyayat hati.

Saya sukakan quote ini, diambil daripada cerpen Egoistik oleh Dr. Aizzat;

“The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrates but the great teacher inspires.” – William Arthur Ward

Well said.

-------

To conclude,

This book is really teaching me to appreciate doctors more and more. Yeah, maybe some of us might be disagree with their opinions or do not like the way they treat or what.

But after all, they’re human though.

Dengan on-call nya, non-stop working for 40 hours – dengan nak melayan kerenah pesakit yang kadang-kadang memeningkan – pressure itu biasa, but amazingly.. they still can bear with that. Massive respects for all doctors out there!

To be honest, I love to see how they work. Sangat determined. Because they deal with human life and it is not an easy task. Dulu pernah saya berangan nak jadi doktor, berangan je lah. Hahaha.

For this book, walaupun ada certain medical terms yang saya kurang faham – but that’s alright. They put short description at the bottom of the pages and if you still can’t understand it, mohon pi google atau tanya yang lebih arif. No matter what fields that you are in, this book will fits you well. Seriously, no doubt. I bet you’ll get some knowledge about medical field.

“Setiap DIAgnosis itu hakikatnya datang dari DIA. Doktor hanya pengantara.”

Overall – This. Is. Absolutely. A. Great. Book! May Allah bless the authors :)


HIGHLY RECOMMENDED!

Friday, 12 December 2014

MH370: Harapan Selalu Ada

https://www.google.com.my/search?hl=en&site=imghp&tbm=isch&source=hp&biw=1024&bih=499&q=love+letters+straight+from+your+heart&oq=love+letter&gs_l=img.1.3.0l10.9447.11565.0.14945.11.7.0.4.4.0.345.1054.0j5j0j1.6.0.msedr...0...1ac.1.60.img..1.10.1132.GrG-lTquQAM#hl=en&tbm=isch&q=pray+for+mh370+aimated+gif&imgdii=_


Suatu hari, Zara (salah seorang dari Double Z) berkata kepada saya;

“Auni *bukan nama sebenar*, can you write about MH370?”

Dessuupp!

MH370?

Lupa. Saya hampir sahaja melupakan mereka.

“Why?”

“I don’t know. Suddenly I remember them. It is sad to know that we are not able to find them yet.”

“How long eh since they disappeared all of sudden?”

“I can’t remember it well. I guess around March or April. It has been about eight months plus.”

Diam.

“What do you want me to write about it? My opinions?”

“No. Ok maybe some. I want you to express your feeling. I guess Malaysians have already forgotten about it. Whenever I remember them, I can’t help it. I feel sad. Pity to their families here..”

And Zara, this is it..

------

Terus saya membuat sedikit research.

“Tarikh MH370 hilang.”

8 MAC 2014.

Saya masih ingat, waktu itu saya mendapat Whatsapp di group family saya. Makcik saya memberitahu berita yang mengejutkan itu. Mulanya saya tidak percaya, maklumlah waktu sekarang terlalu banyak berita dan cerita palsu yang sengaja disebarkan demi kepentingan sendiri.

Waktu itu saya terfikir, “Takkanlah kapal terbang sebesar itu boleh hilang? Mustahil!”

Terus saya buka Facebook, viral. MH370 sudah viral di Facebook. Semua menceritakan tentang MH370 – sebuah pesawat jenis Boeing 777-200 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal yang berlepas dari KLIA dan dijadualkan mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari sama – tiba-tiba hilang daripada radar.

Hilang.
Disappeared.
Vanished.

Sehinggalah hari ini, waktu entri ini ditulis – 9 Disember 2014. Bermakna sudah sembilan bulan MH370 hilang tanpa khabar berita. Nine months is not a short time..

Allah, Allah.

Bila saya memikirkan tentang hal ini, satu perkara yang terlintas di fikiran saya.
Betapa pengetahuan manusia itu sangat sangat sangat sangat sangat TERBATAS. Dengan segala macam teknologi moden yang ada pun, kita masih gagal menjumpai kapal terbang sebesar itu.

Sungguh, kalau nak bandingkan ilmu kita ni dengan ilmu Allah – Macam langit dengan bumi. Malah jauh lagi. Cuba celupkan jari kita dalam air laut. Setitik air yang jatuh itulah ilmu kita, dan laut yang luas terbentang bagai tiada penghujung itu ilmu Allah.

Rasa kerdil sangat.

Tak percaya? Mari buka Alquran, surah Al Kahfi ayat 109;

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.”

Allahu. Lihatlah, ini kata-kata Allah. Bukannya saya.

Jelas buktinya di sini.

Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan, dibantu juga oleh pelbagai negara.

Pelbagai teori demi teori yang timbul untuk menyelesaikan masalah ini. Walaupun ada antaranya yang tidak relevan langsung. Alhamdulillah,  saya diajar oleh ibu bapa saya untuk tidak terus mempercayai sesuatu berita, sebaliknya selidiki kesahihannya terlebih dahulu.

Masih juga tidak ditemui.
Sehingga sekarang.

------

Ibrah to ponder

Saya tertarik dengan kata-kata Kapten Norudin, seorang bekas Ketua Fleet B777 dan merupakan juruterbang pertama yang menerbangkan pesawat Boeing B777 ke Malaysia;

“Allah menghantar peristiwa MH370 agar kita kembali kepadaNya dengan rendah hati. Sains sifatnya ciptaan dan ciptaan pasti ada penciptanya. Allah nak ingatkan kita bahawa dunia ini bukan milik kita. Dia yang menciptakan sains dan Dia berkuasa meletakkan manusia di mana sahaja. Di mana sains berakhir, di situ kuasa Allah bermula.”

Di mana sains berakhir, di situ kuasa Allah bermula.
Di mana sains berakhir, di situ kuasa Allah bermula.

Benar. Hatta sains dan penciptaan termoden di dunia pun tidak mampu untuk menandingi kekuasaan Allah yang Maha Besar. Tidaklah saya katakana kita tidak perlu berusaha, kita perlu berusaha. Tetapi jangan lupa, kuasa Allah tiada tandingannya.

Doa.
Doa.
Dan terus berdoa.

Tak dapat saya bayangkan apa perasaan ahli keluarga mereka yang terlibat. Allah telah menguji mereka dengan ujian yang maha hebat. Tapi subhanallah, tahap kesabaran mereka memang boleh saya katakan superb. Allah memberi kekuatan yang luar biasa buat mereka.

Saya sendiri menangis apabila teringat tentang MH370. Malah saat ini, saat entri ini ditaip – sebak terasa di hati. Allah..

Moga kalian terus tabah. Terus cekal. Terus kuat.

Mehnah ini bukan saja-saja Allah turunkan, melainkan kerana Allah sayang.  Melainkan kerana Allah mahu kita kembali semula kepada Dia. After all, we can’t deny that He is above all the things existed on this earth.

Tetap Dia yang teratas. Tetap Dia yang berkuasa.  
        
Percaya, suatu hari nanti. Sinar mentari kan muncul lagi, kelam ini akan segera pergi. MH370 akan kembali, asal saja doa tak henti.

------

MH370,
Asal saja kau tahu.
Harapan ini tidak pernah mati.
Jiwa ini tidak pernah berhenti mengharap.
Tidak sekali-kali.

Di manapun kamu berada sekarang,
Dari manapun kamu datang,
Ketahuilah satu perkara,
Tangan dan hati kami sentiasa terbuka,
Menanti kepulangan kalian.

Jauh kami menunggu, 
Biar ketahuanmu, 
Di sini kami selalu merindu,
Jauh kami berharap,
Kembali kau pada kami,
Akhiri penantian kami..

Pulanglah,
Kami merinduimu.                                         

-------

Mari sahabat, mari kita doakan MH370. Doa kita bukan bermusim.


Kerana harapan selalu ada, buat mereka yang ingin percaya.
 
Images by Freepik