Man Ana


Assalamualaikum wbt :)

Sebenarnya, ini bukanlah blog pertama saya. Saya mempunyai beberapa blog sebelum ini yang sudah saya ‘tamatkan perkhidmatannya’ (like a bos huh?) dek kerana saya merasakan segala entries, contents, dan isi blog agak bersifat childish atau bahasa omputehnya keanak-anakan, tidak matang dan sebagainya.

So nak kata sekarang kau dah matured enough lah?
Well, bolehlah nak kata matang. Wahahaha! *tiada unsur sarkastik di sini harap maklum*

Lama saya berhenti menulis blog kerana kesibukan yang entah-bila-nak-habis, tetapi semenjak saya selesai membaca sebuah buku yang saya kagumi penulisnya (moga Allah merahmati beliau), minat menulis saya kembali mekar. Maka saya mengambil inisiatif untuk membuat blog ini, dengan ‘penjenamaan’ baru dan akan kekal inshaAllah. 

FAQ ; Kenapa CIKENTANG? Tak ada nama lain ke?
*bajet retiss wakakaka*

Kah!
Mari gelak berjemaah dulu :D

Begini ceritanya. Apabila saya menyuarakan hasrat untuk kembali menulis blog kepada dua orang sahabat yang saya cintai keranaNya (saya gelarkan mereka Double Z), Double Z mencadangkan saya menggunakan nama ini.

"Aku rasa nak sambung tulis blog lah. Tengah tak ada benda nak buat ni."
"Ha, bagus jugak tu."
"Tapi aku nak buat blog baru. Blog lama nak buang teruih. Berhijrah. Tapi nak letak nama apa?"
"Cik Kentang!"
Saya tanyakan kepada mereka; “Kenapa korang suggest nama ni?”
“Sebab kau suka kentang!” Wahaha. Ok ok make sense lah. But I need further explanations. I mean I need a name that is rare (rare lah sangat), misterius (lah sangat), but at the same time meaningful (well at least for me myself).

Double Z kata lagi,
“Betullah tu kentang. Kentang ni, nampak je luar macam takde benda, tak lawa tapi bila potong tengok dalam; cantik je kaler dia, keras, makan pun sedap, banyak khasiat, ramai orang suka. Kalau mak aku pergi pasar, aku selalu kirim dia beli kentang tau. Boleh goreng. Buat potato chips. Masak kicap ke.”

Angguk. Betul juga.

*masuk mood serius*

Saya mula analogikan kentang tersebut dengan saya. Tidaklah saya kata saya ni buruk; sebab saya percaya Allah sudah menciptakan saya dan kalian dengan sebaik-baik penciptaan Alhamdulillah. Maksud saya, dari pandangan manusia.

“Dia ni macam entah apa-apa je.”
“Tak nampak potensi dia ni.”
“I think she got nothing interesting in her.”
“Boleh ke dia ni buat itu dan ini? Macam tak percaya je.”

Ini cumalah sebahagian daripada pemikiran kita terhadap orang lain, lazimnya. Saya tidak katakan semua, mungkin hanya sesetengah. Sama juga seperti kentang. Pada yang tidak meminati kentang, mungkin akan terfikir;

Apa ada dengan kentang? Warnanya tidak menarik. Bentuknya tidak menarik. Nothing. Tapi cuba kita ambil pisau dan kupas kentang itu, warna isinya cantik kekuningan, isinya keras tetapi bila digoreng/dimasak ianya menjadi lembut malah enak dimakan dengan apa-apa jenis masakan. Masak kicap? Masak kari? Digoreng? Cicah sos? Masih sedap! Khasiatnya juga banyak sekali. Boleh rajin-rajinkan diri pi google inshaAllah ;D Kesimpulannya, kentang yang terlihat buruk luarannya tetapi punya manfaat yang cukup besar untuk manusia.

------

Hakikatnya saya tidak punya apa. Luaran tidak menarik. Tetapi saya percaya pada kekuatan saya sendiri. Mungkin kelihatan lembik di luar (mungkin), tapi Allah lebih tahu apa yang di dalam. Pelbagai perkara telah saya lalui sepanjang setahun jagung umur saya, dan Alhamdulillah Allah sedang membina kekuatan saya melalui setiap perkara itu.

Saya pernah jatuh.
Saya pernah tersungkur.
Saya pernah sakit.
Saya pernah melalui zaman jahiliyah yang gelap itu.

Tapi, siapa lagi yang Maha Penyembuh jika bukan Dia? Siapa lagi yang memberi penawar jika bukan Dia?  Siapa yang menarik saya keluar dari lubang jahiliyah jika bukan Dia? Dan siapa lagi yang mengurniakan kekuatan yang tertanam pada jiwa saya sekarang jika bukan Dia?

Dia. Segalanya Dia – cinta hati saya, dan kamu ;)

Seperkara lagi,  biasa kan dengar ibu ayah kita cakap, 

“Besar nanti jadi orang yang berguna ya nak.”

Saya percaya setiap manusia dicipta dengan potensi yang tersendiri. Masing-masing punya potensi. Yang sudah nampak Alhamdulillah, yang masih belum ‘gali’ lagi teruskan menggali. Dan potensi inilah yang sepatutnya kita gunakan untuk membantu menggerakkan ummah ini. Seperti kentang yang perlu dikupas untuk melihat isi di dalamnya, begitu juga kita.

Orang yang paling baik adalah yang bermanfaat pada ummah. Biar sekecil apa pun sumbangan kita, percayalah ianya tetap memberi impak kepada ummah. Sebarkan haruman Islam inshaAllah. Islam bukan cuma di masjid. Islam ada di mana-mana. Gunakan apa saja potensi kita, untuk kita ubah dunia ini menjadi lebih indah dengan cahaya iman dan Islam, satu-satunya agama yang Allah redha. Saya ingin berkongsi satu quote dari ukhti Musyirah Hanan, penulis buku Kickstart Tarbiyah Dzatiah;

“Ketahuilah, kalau dakwah hanya ceramah maka dunia hanya perlu lidah, tak perlu anggota badan yang lain!”

This. Is. Epic. Honestly, I am inspired by this ;D

------

Seperti kentang, ‘dicampak’ ke mana pun masih sedap dan enak dimakan. Manusia juga perlu begitu.

“Benih yang baik kalau dicampak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau.”

Dan saya berharap, semoga dengan tulisan picis-picisan ini; ada yang terbuka hatinya, tersentuh jiwanya, tergeletek jiwanya dan sebagainya. Siapa pun yang membaca, berapa bilangan pun yang membaca hatta seorang, jika itu berjaya menyentuh satu hati sahaja; Allahu saya sudah cukup bersyukur. Kerana pembinaan ummah yang berkualiti itu bermula dengan pembinaan jati diri individu. Di samping saya cuba membina jati diri saya, apa salahnya saya mengajak kalian sama.

Ummah tidak perlukan saya seorang, ummah perlukan kita!

--------

Why CIKENTANG instead of CIK KENTANG?

Double Z cakap, “It is easier to pronounce daripada Cik Kentang. Kalau sebut laju jadi Cikentang. Macam comel je gitu bunyi dia. Plus, ramai sangat dah orang letak Cik kat depan sekarang. Buatlah lain sikit.”

Make sense. And I should thank them for giving me this name. Meaningful yet comel (eh?)

Thanks gaiss :* -- And you will probably read about them (Double Z) more often throughout my entries.

-----

Man ana?

Inilah saya. Hamba Dia, saudara kamu. Hamba marhaen yang punya cita-cita besar; to make the world a better place. Dan saya tidak mahu lakukannya seorang, saya ingin mengajak anda bersama- sama saya menaiki gerabak ini.

Kerana akhirnya tujuan hidup kita di dunia ini sama dan serupa – pulang semula ke kampung asal kita which is SYURGA.

Hm, tak best lah masuk syurga sorang-sorang. Bukankah berjemaah, berbondong-bondong , beramai-ramaian itu lebih seronok dan meriah?

Senyum.

-----

*so let’s taaruf (break the ice) again*

Salam alayk, I am Cikentang. And you? :)

p/s : 
Any inquiries, comments, critics or else - do contact me at coffee.white76@gmail.com

1 comment:

  1. Alhamdulillah, Subhanallah cikentang. Ana a lady in Hijab. seorang manusia biasa, hamba Allah yang setiasa mencari jalan untuk mencapai rahmat dan redhaNya. Btw, saya pun suka kentag jugak. Mak cakap kalau makan kentang banyak-banyak nanti kulit jadi cantik. MasyaAllah ! Teruih minat dgn kentang. :D Keep it up sister, I love your writing.

    ReplyDelete

 
Images by Freepik