Saturday, 13 December 2014

#DIAgnosis



Authors;
Dr. Anwar Fazal, MD – Dr. Aizzat, MD – Dr. Azah, MBBS

Pages; 
142

Price;
RM 20.00 
*I am not sure whether the price are the same at all bookshops*

Publisher;
Dubook Press

Description;

Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu:

1) Kaya
2) Bergaya
3) ‘Glamour’
4) Rasa ‘Superior’

Lupakan serta merta. Kuburkan cita-cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan kamu semua di atas, bukan kerjaya kedoktoran.

Ini kerjaya yang akan buat kamu rasa betapa dengkelnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa Dia. Ini kerjaya yang boleh buat kamu lebih hargai setiap degup jantung manusia kerana ia mampu berhenti tiba-tiba, pada bila-bila masa. Ini kerjaya yang boleh buat kamu terpaksa korbankan banyak perkara yang kamu mahu di dunia (antaranya cinta) kerana mahu menyelamatkan nyawa.

Maka kerana itu DIAgnosis tercipta untuk memberi inspirasi dan pengajaran bukan hanya pada doktor, bakal doktor atau semua yang bekerja dalam bidang perubatan tetapi juga disasarkan pada semua lapisan masyarakat.

Moga usaha kecil ini Dia terima sebagai saham akhirat. InshaaAllah.

“Setiap DIAgnosis itu hakikatnya datang dari DIA. Doktor hanya perantara.”

Selamat membaca.

------

My Review

The first time I ever heard about this book is at Twitter. I can’t understand why there’s so many people talk about this book here and there. Hashtag #DIAgnosis is everywhere.

Saya try survey, buku ni pasal apa sebenarnya? Since all the authors are doctors, so I assume ini buku perubatan. Yeah, medical-based book. So saya macam tak berminat jugalah at first. Because I am not a medic student and my field is far far faaaarrr awayyyyyy from medic *nampak tak ke’far’an-nya tu*

And I was like, wow ramainyaaaaa budak medic kat Twitter ni – just because everyone is talking about that book HAHAHA! *I am stereotyping, this is not good*

Ok dah.

To make it short, I borrowed this book from my roommate, Zati - she’s not a medic student too.

I can say this book is the compilation of experience in medical field faced by these three awesome doctors.

Dr. Anwar Fazal yang bekerja di sebuah hospital kerajaan menulis tentang pengalaman-pengalamannya sewaktu mengendalikan pesakit. Memang banyak kerenah pesakit beliau and I even laugh too bila tiba part yang saya rasa kelakar!

Ya, dengan pesakit yang kurang sabar, yang menipu semata-mata kerana inginkan MC, yang ingin kembali ke pangkal jalan dan banyak lagi. Serius best!

Kadang-kadang saya terfikir juga, ada tak aku buat perangai macam tu kat mana-mana doktor? Rasanya tiada. Saya kan budak baik. *ehh

Dr. Azah Isa pula menulis empat buah cerpen pendek yang saya  rasa ibrahnya sangat banyak. Cerita yang mungkin ringkas tetapi sarat dengan moral dan pengajaran.  I am not sure whether they are her own experiences or what, but I can say the stories are just awesome!

Honestly keempat-empat cerita amat menyentuh hati saya. Cerita tentang pengorbanan seorang isteri, ibu, perjuangan seorang yang ingin lahir ke dunia, si ibu muda yang mempunyai anak ‘sebelum masanya’, dan mengapa kebanyakan pakar sakit puan adalah dalam kalangan doktor lelaki dan bukannya perempuan.

I love the stories :)

Dan Dr. Aizzat iaitu suami kepada Dr. Azah sendiri juga turut menulis beberapa buah cerpen yang cukup menginspirasi!

Azam seorang bakal neurosurgeon, kasih ibu dan anak dan kisah kematian yang pada saya amat menyayat hati.

Saya sukakan quote ini, diambil daripada cerpen Egoistik oleh Dr. Aizzat;

“The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrates but the great teacher inspires.” – William Arthur Ward

Well said.

-------

To conclude,

This book is really teaching me to appreciate doctors more and more. Yeah, maybe some of us might be disagree with their opinions or do not like the way they treat or what.

But after all, they’re human though.

Dengan on-call nya, non-stop working for 40 hours – dengan nak melayan kerenah pesakit yang kadang-kadang memeningkan – pressure itu biasa, but amazingly.. they still can bear with that. Massive respects for all doctors out there!

To be honest, I love to see how they work. Sangat determined. Because they deal with human life and it is not an easy task. Dulu pernah saya berangan nak jadi doktor, berangan je lah. Hahaha.

For this book, walaupun ada certain medical terms yang saya kurang faham – but that’s alright. They put short description at the bottom of the pages and if you still can’t understand it, mohon pi google atau tanya yang lebih arif. No matter what fields that you are in, this book will fits you well. Seriously, no doubt. I bet you’ll get some knowledge about medical field.

“Setiap DIAgnosis itu hakikatnya datang dari DIA. Doktor hanya pengantara.”

Overall – This. Is. Absolutely. A. Great. Book! May Allah bless the authors :)


HIGHLY RECOMMENDED!

Friday, 12 December 2014

MH370: Harapan Selalu Ada

https://www.google.com.my/search?hl=en&site=imghp&tbm=isch&source=hp&biw=1024&bih=499&q=love+letters+straight+from+your+heart&oq=love+letter&gs_l=img.1.3.0l10.9447.11565.0.14945.11.7.0.4.4.0.345.1054.0j5j0j1.6.0.msedr...0...1ac.1.60.img..1.10.1132.GrG-lTquQAM#hl=en&tbm=isch&q=pray+for+mh370+aimated+gif&imgdii=_


Suatu hari, Zara (salah seorang dari Double Z) berkata kepada saya;

“Auni *bukan nama sebenar*, can you write about MH370?”

Dessuupp!

MH370?

Lupa. Saya hampir sahaja melupakan mereka.

“Why?”

“I don’t know. Suddenly I remember them. It is sad to know that we are not able to find them yet.”

“How long eh since they disappeared all of sudden?”

“I can’t remember it well. I guess around March or April. It has been about eight months plus.”

Diam.

“What do you want me to write about it? My opinions?”

“No. Ok maybe some. I want you to express your feeling. I guess Malaysians have already forgotten about it. Whenever I remember them, I can’t help it. I feel sad. Pity to their families here..”

And Zara, this is it..

------

Terus saya membuat sedikit research.

“Tarikh MH370 hilang.”

8 MAC 2014.

Saya masih ingat, waktu itu saya mendapat Whatsapp di group family saya. Makcik saya memberitahu berita yang mengejutkan itu. Mulanya saya tidak percaya, maklumlah waktu sekarang terlalu banyak berita dan cerita palsu yang sengaja disebarkan demi kepentingan sendiri.

Waktu itu saya terfikir, “Takkanlah kapal terbang sebesar itu boleh hilang? Mustahil!”

Terus saya buka Facebook, viral. MH370 sudah viral di Facebook. Semua menceritakan tentang MH370 – sebuah pesawat jenis Boeing 777-200 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal yang berlepas dari KLIA dan dijadualkan mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari sama – tiba-tiba hilang daripada radar.

Hilang.
Disappeared.
Vanished.

Sehinggalah hari ini, waktu entri ini ditulis – 9 Disember 2014. Bermakna sudah sembilan bulan MH370 hilang tanpa khabar berita. Nine months is not a short time..

Allah, Allah.

Bila saya memikirkan tentang hal ini, satu perkara yang terlintas di fikiran saya.
Betapa pengetahuan manusia itu sangat sangat sangat sangat sangat TERBATAS. Dengan segala macam teknologi moden yang ada pun, kita masih gagal menjumpai kapal terbang sebesar itu.

Sungguh, kalau nak bandingkan ilmu kita ni dengan ilmu Allah – Macam langit dengan bumi. Malah jauh lagi. Cuba celupkan jari kita dalam air laut. Setitik air yang jatuh itulah ilmu kita, dan laut yang luas terbentang bagai tiada penghujung itu ilmu Allah.

Rasa kerdil sangat.

Tak percaya? Mari buka Alquran, surah Al Kahfi ayat 109;

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.”

Allahu. Lihatlah, ini kata-kata Allah. Bukannya saya.

Jelas buktinya di sini.

Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan, dibantu juga oleh pelbagai negara.

Pelbagai teori demi teori yang timbul untuk menyelesaikan masalah ini. Walaupun ada antaranya yang tidak relevan langsung. Alhamdulillah,  saya diajar oleh ibu bapa saya untuk tidak terus mempercayai sesuatu berita, sebaliknya selidiki kesahihannya terlebih dahulu.

Masih juga tidak ditemui.
Sehingga sekarang.

------

Ibrah to ponder

Saya tertarik dengan kata-kata Kapten Norudin, seorang bekas Ketua Fleet B777 dan merupakan juruterbang pertama yang menerbangkan pesawat Boeing B777 ke Malaysia;

“Allah menghantar peristiwa MH370 agar kita kembali kepadaNya dengan rendah hati. Sains sifatnya ciptaan dan ciptaan pasti ada penciptanya. Allah nak ingatkan kita bahawa dunia ini bukan milik kita. Dia yang menciptakan sains dan Dia berkuasa meletakkan manusia di mana sahaja. Di mana sains berakhir, di situ kuasa Allah bermula.”

Di mana sains berakhir, di situ kuasa Allah bermula.
Di mana sains berakhir, di situ kuasa Allah bermula.

Benar. Hatta sains dan penciptaan termoden di dunia pun tidak mampu untuk menandingi kekuasaan Allah yang Maha Besar. Tidaklah saya katakana kita tidak perlu berusaha, kita perlu berusaha. Tetapi jangan lupa, kuasa Allah tiada tandingannya.

Doa.
Doa.
Dan terus berdoa.

Tak dapat saya bayangkan apa perasaan ahli keluarga mereka yang terlibat. Allah telah menguji mereka dengan ujian yang maha hebat. Tapi subhanallah, tahap kesabaran mereka memang boleh saya katakan superb. Allah memberi kekuatan yang luar biasa buat mereka.

Saya sendiri menangis apabila teringat tentang MH370. Malah saat ini, saat entri ini ditaip – sebak terasa di hati. Allah..

Moga kalian terus tabah. Terus cekal. Terus kuat.

Mehnah ini bukan saja-saja Allah turunkan, melainkan kerana Allah sayang.  Melainkan kerana Allah mahu kita kembali semula kepada Dia. After all, we can’t deny that He is above all the things existed on this earth.

Tetap Dia yang teratas. Tetap Dia yang berkuasa.  
        
Percaya, suatu hari nanti. Sinar mentari kan muncul lagi, kelam ini akan segera pergi. MH370 akan kembali, asal saja doa tak henti.

------

MH370,
Asal saja kau tahu.
Harapan ini tidak pernah mati.
Jiwa ini tidak pernah berhenti mengharap.
Tidak sekali-kali.

Di manapun kamu berada sekarang,
Dari manapun kamu datang,
Ketahuilah satu perkara,
Tangan dan hati kami sentiasa terbuka,
Menanti kepulangan kalian.

Jauh kami menunggu, 
Biar ketahuanmu, 
Di sini kami selalu merindu,
Jauh kami berharap,
Kembali kau pada kami,
Akhiri penantian kami..

Pulanglah,
Kami merinduimu.                                         

-------

Mari sahabat, mari kita doakan MH370. Doa kita bukan bermusim.


Kerana harapan selalu ada, buat mereka yang ingin percaya.

The Man I Love; A Love Letter


Assalamualaikum wbt :)


For the man I love,

Lama. Lama sudah aku mengenali dirimu. Sejak kecil, aku diajar untuk mencintaimu. Jadi hari ini, aku menulis warkah ini – dari sudut hati yang paling dalam.

Mana mungkin.

Aku tahu mana mungkin engkau akan membaca warkah kecil ini. Tetapi jika benar engkau membaca, subhanallah tiada kata yang dapat aku ungkapkan. Ianya akan menjadi momen terindah dalam hidupku.

Dahulu, aku tidak tahu siapa engkau. Semua orang selalu menyebut-nyebut namamu. Memuji-mujimu. Kenapa ya?

Mereka sanggup menggadaikan nyawa, menumpahkan darah, membasahi diri dengan keringat, melindungi engkau dengan sepenuh jiwa dan raga, dan menyerahkan diri mereka sepenuhnya untuk berkhidmat kepadamu dan Islam.

Semakin aku dewasa, kini sudah ku temukan jawapannya. Kerana engkau dihantar ke bumi untuk menyebarkan haruman Islam, untuk memimpin dunia menjadi sebuah tempat yang lebih baik, untuk menyempurnakan kebaikan.

Apa yang telah engkau ajarkan, aku cuba untuk melakukannya. Cuba untuk istiqamah.

Tetapi, selalu gagal. Allah, maafkan aku. Tetapi aku akan terus cuba dan mencuba.

Selalu juga aku rasa seperti malas solat, malas puasa, malas beribadah, malas berdakwah. Futur. Tetapi bila mengingatmu – seorang lelaki yang sudah dijamin syurga – aku jadi malu, malu yang teramat.

Engkau dijamin syurga, tetapi masih solat hingga bengkak kaki.

Engkau dijamin syurga, tetapi masih selalu berpuasa sunat apatah lagi di puasa di bulan Ramadhan.

Engkau dijamin syurga, tetapi masih kuat beribadah. Katamu, tidak bolehkah seorang hamba hendak menzahirkan rasa syukurnya pada Rabbnya? Allah, aku sendiri – jarang sekali aku bersyukur.

Engkau dijamin syurga, tetapi masih berdakwah hingga penuh badan dilumuri darah dek kerana tentangan mereka yang kafir dan diludah pula pada wajah sucimu. Tetapi aku, belum seberat itu ujian yang aku terima – mudah benar aku berputus asa.

Setiap kali mengingati setiap pengorbananmu, hatiku jadi sebak. Rasa malu yang teramat sangat. Kenapa cepat sangat futur? Berat sangatkah ujian yang aku hadapi kalau mahu dibandingkan dengan ujian yang engkau terima?

Iman. Iman aku yang terlalu rapuh. Baru dijentik sikit, sudah mengalah.

For the man I love,

Aku rindu. Aku rindu untuk hidup bersamamu. Walau tidak pernah sekalipun aku hidup di zamanmu, apatah lagi melihat wajahmu; tetapi hati ini sering saja rindu. Sebenarnya aku malu, malu untuk mengungkapkan cinta dan rindu sedangkan sunnahmu masih belum aku ikuti. Allah :(

Ajaibnya perasaan ini. Tidak bertemu tetapi tetap rindu. Ajaibnya kuasa cinta yang sudah Allah tanamkan dalam hati ini.

Tahukah engkau akan keadaan dunia sekarang ini?

Kucar kacir.
Porak peranda.
Kezaliman di mana-mana.
Penindasan tidak mengira siapa.
Maksiat berleluasa.
Dosa pahala entah dicampak ke mana.

Selalu aku lelah dengan keadaan dunia sekarang. Kenapa semua ini terjadi? Fikirku. Tidak wujud lagikah sebuah dunia yang aman?

Waktu pemerintahanmu dulu, tiada seorang pun yang tersakiti.
Tiada seorang pun yang terzalimi.
Muslimin Muslimat tunduk akur pada perintah Allah.
Agama Islam tersebar luas, berbondong-bondong yang mula memeluk agama Islam.

Tidak seperti sekarang.

Aku tidak dapat membayangkan apa perasaanmu andai engkau melihat semua ini.

Mungkin sedih.
Kecewa.
Kesal.

Maafkan kami. Maafkan kami. Maafkan kami. Moga saja semua ini akan segera berakhir. Dunia yang aman dengan Islam kembali mendominasi akan wujud lagi. Seperti suatu ketika dahulu..

For the man I love,

Aku rindukan engkau.
Aku cintakan engkau.

Andai aku diberi peluang untuk bertemu denganmu, akan aku katakan padamu;

“Aku cinta padamu.”
“I Love You.”
“Wo Ai Ni.”
“Aishiteru.”
“Saranghae.”

Malah kalau disebut semua bahasa yang ada di dunia ini untuk mengekspresikan cintaku padamu, belum tentu cukup jika hendak dibandingkan dengan besarnya cintaku padamu.

Aku juga ingin mengucapkan terima kasih;

Atas segala kasih.
Atas segala cinta.
Atas segala sayang.

Yang engkau curahkan dulu, kini dan akan berkekalan selamanya inshaAllah. Kerana cintamu kasihmu, hari ini satu-satunya agama yang Allah redha masih mampu berdiri. Dan inshaAllah, akan terus teguh berdiri.

Always I wonder,

Rasanya bila kita boleh duduk bersama, berbual-bual panjang, dan berkongsi segala cerita ya? :)

Seakan mustahil pula, seorang hamba marhaen penuh dosa seperti aku ingin duduk bersama lelaki paling mulia dan hebat di muka bumi seperti engkau.

Apa rasanya andai momen itu benar-benar terjadi?

Indah. Pastinya sangat indah bukan?

Tetapi ibu bapaku mengajar, jika hendak berjumpa denganmu, rajin-rajinkan diri berselawat ke atasmu. Ya, itu yang aku cuba lakukan walau kadangkala terlupa juga. Aku akan cuba!

Allahumma Solli 'Ala Muhammad. Allahumma Solli 'Ala Muhammad. Allahumma Solli 'Ala Muhammad.

Dan hari ini, aku mahu satu dunia tahu; yang aku cinta kepadamu.

I Love You Ya Rasulullah.
I Love You So Much.
You Are The One; The Chosen One; The Man I Love after our Creator.
Aku sedang dilamun cinta.. I’m In Love!


Yang sangat memerlukanmu,
Aku.


Wednesday, 10 December 2014

Healing The Ummah

https://www.google.com.my/search?hl=en&site=imghp&tbm=isch&source=hp&biw=1024&bih=499&q=worldly+life&oq=worldly+life&gs_l=img.3...158.3540.0.4855.12.10.0.0.0.0.0.0..0.0.msedr...0...1ac.1.60.img..12.0.0.1R_n-j5XAd0#imgdii=_


Semenjak dua menjak ini – to be specific sejak blog ini ‘ditubuhkan’, my mind keeps wandering around. Selalu saya tanyakan diri saya;

What should I write for my first entry instead of introducing myself?

Mungkin orang akan kata, mungkin.

Alah, tulis jelah. Blog sendiri kanTak. Tak semudah itu. 

First thing to be aware of is, all my writings will be accountable in the Hereafter. 

Dan saya sendiri tidak tahu kenapa. I used to write few blogs before but for this blog, I just can’t. Mungkin kerana saya kini ingin mula serius menulis blog. Dan kerana blog ini bukan hanya milik saya, ianya milik kita – contentnya bukan untuk saya seorang, tetapi juga untuk anda.

Ya, anda yang sedang membaca.

Jadi saya mula berbalik pada moto yang saya reka sendiri apabila saya berfikir untuk mula serius menulis;

“HEALING THE UMMAH”

Sounds impossible but you will never know how to walk unless you make your first step!

Ok, I think I already know what to write. So let’s start!

------

The Purpose(s) of Life; Are we aware?

Apabila terlintas di fikiran saya – Healing The Ummah – sebagai panduan untuk saya menulis. Saya tanyakan pada diri saya semula; to heal the ummah, what are the things you should possessed?

Tujuan. Kenapa kau nak sembuhkan ummah?

Dan persoalan itu berbalik kepada diri saya sendiri.

Masih tujuan. Kenapa kau hidup?

Saya percaya dan sangat percaya, masih ramai di antara kita yang masih tercari-cari tujuan hidup. Masih tercari-cari kenapa aku dilahirkan ke dunia. Untuk apa? So do I.

Dan nah! Allah yang menghidupkan kita, sudah tentu ada tujuannya. Bukan saja-saja. 

Psstt, sebenarnya ada dua sahaja tujuan penciptaan kita di dunia ini.

Dua je?!

Seriusli. No jokes!

Jom tengok ayat-ayat cinta Allah ni;

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata, ‘Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?’ Dia berfirman, ‘Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.’” 
(Al Baqarah: 30)

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka  beribadah kepada-Ku.” 
(Az Zariyat: 56)

------

KHALIFAH dan IBADAH

Khalifah? Siapa khalifah?

Kita. Kitalah khalifah itu.

Hah? Jadi kena tadbir negara lah?

Ok ok. Lemme explain it briefly ok.

Khalifah as we already know adalah pentadbir-pentadbir, raja-raja yang memerintah negara-negara Islam suatu ketika dahulu. Fungsinya lebih kurang sama seperti fungsi sultan/raja/perdana menteri.  Sekarang, gelaran khalifah tidak lagi digunakan.

Tapi, ada tapinya.

Bukan khalifah itu yang saya maksudkan. Sabar.

Just so let you know, ada dua jenis khalifah dalam dunia ni.

1. Khalifah al – ‘Ammah

Khalifah in general, am. Siapa khalifah am tu? Kitalah. Kita khalifah kepada DIRI KITA SENDIRI. Khalifah itu tugasnya mentadbir. Jadi kita MENTADBIR DIRI KITA SENDIRI. Kita berkuasa ke atas diri kita sendiri. Self-empowerment opah saya kata. Buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang. Apa yang baik, kita ambil dan amalkan. Yang buruk, kita buang jauh-jauh. Allah kata dalam surah An Nur ayat 55;

“Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan yang mengerjakan kebaikan, bahwa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka dengan agama yang telah Dia redhai. Dan Dia benar-benar mengubah (keadaan) mereka, setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka (tetap) menyembahKu dengan tidak mempersekutukanKu dengan sesuatu pun. Tetapi barangsiapa (tetap) kafir setelah janji itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.”

Subhanallah, nampak tak? Taat Allah, ikut perintah Allah – maka ganjarannya syurga.

Diulang, SYURGA!

Allah, siapa yang tak nak masuk syurga? Mustahil tak ada yang nak. For sure semua nak! Tapi betul ke kita ni tengah berusaha menuju syurga? Atau masih main-main dengan dunia?

Recheck.

2. Khalifah al – Khassah.

Khalifah khas yang menceburi bidang politik. Yang mentadbir negara. Yang mewarisi Rasulullah SAW dalam meneruskan dakwah dan menyebarkan haruman Islam. Mereka ini yang mentadbir urusan-urusan dunia/negara mengikut garis panduan Islam. Tak perlu saya huraikan panjang lebar kot? Saya rasa ianya mudah untuk difahami.

Jadi sudah jelas dengan tujuan hidup kita yang pertama? Jika sudah, jom tengok sebab kedua kenapa kita hidup.

------

IBADAH

Saya percaya apabila sebut sahaja ‘ibadah’; minda kita akan terus ingat tentang solat, baca Alquran, tahajud etc. Benar, anda benar. Saya tidak katakan ianya salah.

Tetapi. Masih ada tetapi.

Do not be narrow minded. Jangan sempitkan pemikiran kita dengan – ibadah means solat, Alquran, solat, Alquran and so and so.

Berniaga juga ibadah.
Belajar juga ibadah.
Bermain juga ibadah.
Makan juga ibadah.
Tidur juga ibadah.
Basuh kereta juga ibadah.

Seriusli? Makan tidoq pun ibadah gak?

SERIOUSLY. No kidding hokey.

Malah seluruh kehidupan kita, jika betul niat dan caranya – so they can be considered as Ibadah. Bermakna bila kita buat, kita dapat pahala.

Allah says; “I created not mankind and jinn, but to worship (Me).” (51: 56)

Bila kita sempitkan skop ibadah hanya dengan solat, Alquran, solat, Alquran – maka kita akan tinggalkan terus kehidupan dunia kita.

World and Hereafter – they need to be balance.

Sebab apa?

Kita perlukan hal-hal dunia – makan, tidur, belajar, kerja, berkeluarga etc. Untuk apa – survive. We need to survive in order to make us keep living. Most important, kita perlukan dunia untuk ibadah kita. Macam mana nak ibadah kalau tak makan? Tak ada tenaga? Think. Allah tak larang, Rasulullah SAW tak larang. Rasulullah sendiri bekerja, berkahwin, makan, tidur. Baginda orang paling mulia atas muka bumi ni, dan baginda still buat apa yang orang biasa buat. In fact, baginda yang dah confirm dalam list ahli syurga pun still solat sampai bengkak kaki.

Tetapi.

Macam saya cakap tadi, keep it balance. Malah ‘makanan akhirat’ kita perlu lebih lagi! Sesetengah kita, terlalu kejar dunia. Terlalu kuat belajar sampai lupa solat lupa baca Alquran. Belum cerita bangun tahajud lagi. Haaaaaa *dushdush*

Saya sendiri, kadang-kadang tergelincir juga. Ops rasanya selalu sangat, Allah T-T

Terlalu sibuk dengan dunia, sampai lupa akhirat. Bukan itu yang Allah nak.

Allah gives us 24 hours a day. Bila Allah beri, maknanya Allah tahu masa itu cukup untuk kita. Itu pun kita masih mengeluh,

Tak sempat weh baca Alquran,.
Tak sempat solat. Nanti jelah aku qada’(kalau qada’…….)
Letih sangatlah nak bangun tahajud. Ngantuk.

Kepada sahabat dan diri sendiri, mari saya khabarkan sesuatu.

Solat itu kerehatan. Kerehatan untuk tubuh yang seharian bekerja.

Alquran itu penyembuh dan penenang, kerana di dalamnya itu ayat-ayat cinta Allah buat kita.

Kalau solat adalah cara kita berinteraksi dengan Allah, maka Alquran adalah medium untuk Allah berinteraksi dengan kita.

Indah kan?

Dan tahu tak kenapa masa kita selalu sahaja 'tak cukup'? Because of keberkatan masa. 

Amenda pulak keberkatan masa ni Cikentang? Pening ah peningg.

Ok ok inshaAllah next entry saya cerita. If Allah wills ok :)

------

Inilah. Inilah yang Allah nak dari kita. Inilah sebab kenapa kita dicipta. Allah takkan saja-saja ciptakan kita. Kalau tak ada tujuan, what for?

Like what I said, we have only TWO PURPOSES of life. 

Manusia. Al-Insan. Asal perkataan 'Al-Insan' sendiri adalah 'Nasiya' yang bermaksud, LUPA.

Manusia mudah lupa. *Melayu mudah lupa is too mainstream huh?*

Lupa tujuan kita dicipta. 
Lupa mati itu bila-bila.
Lupa Allah yang mencipta. 

Leka sangat dengan dunia. Lupa Allah, sedangkan yang cipta kita, yang ciptakan dunia adalah Allah. Bila-bila masa je Allah boleh ambil nyawa kita, dan hancurkan dunia.

Jadi kenalah sentiasa get ready. Sebab kat dalam kubur nanti bila sudah sampai masa kita, kat padang mahsyar nanti – there’s no such thing called TAUBAT. 

Malaikat will not ask you first before they take your life away; 
"Have you make tawbah? If don't, do it now."

And you yoursellf can't ask them for excuses like;
“Kejap, jangan hukum aku dulu. Aku belum taubat. Bagi aku can nak taubat jap.”

Eheh. Tak ada maknanya.

Tak ada sayang. Tak ada. Sebab tu saat ini, waktu ini, jam ini, kita masih lagi hidup. Masih lagi belum tertanam dalam tanah. Kerana apa? Kerana Allah masih beri peluang. Kerana kita terlalu banyak dosa kita. Allah nak kita taubat dulu sebelum nyawa kita diambil.

Yet we still main-main. Solat main-main. Alquran jarang baca. Belum cerita movies, games, lepak-ing, facebook-ing, twitter-ing, instagram-ing, kpop-ing, 24/7 sampai lupa Allah. Kenapa? Lupa kan. Kita lupa mati tu bila-bila masa.

Jadi mari saya ingatkan kalian and of course me myself; Hidup di dunia ni tak lama. Fulfill these two purposes and you’ll rest in heaven forever in the Hereafter.

------

HEALING THE UMMAH

Kepada yang dah sedar kenapa kita hidup, mari kita ajak orang lain untuk sama sedar. Ummah ini sedang tidur. Ummah ini sedang sakit.

Percayalah, jika kita sedar dengan dua tujuan ini; kita tiada masa untuk main-main lagi.

Tak ada.

Dunia ni macam kapal besar. Bila kapal besar kita ni nak karam, mesti kita semua takut. Takkan nak selamatkan diri sendiri je, jadi tarik sama orang lain. Takkan nak biar je dia jatuh dalam laut? Sama juga macam syurga.

Oleh sebab kita tak nak masuk syurga sorang-sorang, ajaklah orang lain. Ta’muruna bil ma’ruf wa tanhauna ‘anil munkar. Sembuhkan ummah ini. They need us. Ummah need us. Apapun caranya. Kerana tak ada orang yang dicipta, tetapi tiada manfaat langsung kepada orang lain. Mesti ada punya.

Mari :)

------

Saya tinggalkan anda dengan lirik lagu The Worldly Life by Maher Zain ini. I personally love this song so much. Look at the lyrics, there’s so much word to ponder. 

How beautiful, is this worldly life
But not a soul shall remain
We all come into this world
Only to leave it one day
I can see that everything around me
Rises then fades away
Life is just a passing moment
Nothing is meant to stay

This worldly life has an end
And it’s then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It’s just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever

So many years, quickly slipping by
Like the Sleepers of the Cave
Wake up and make a choice
Before we end up in our graves
O God! You didn’t put me here in vain
I know I’ll be held accountable for what I do
This life is just a journey
And it’s taking me back to you

So many get caught in this beautiful web
Its gardens become an infatuation
But surely they’ll understand at the final stop
That its gardens are meant for cultivation

Selamat mencari tujuan hidup :)


 
Images by Freepik