Assalamualaikum wbt :)
For the man I love,
Lama. Lama sudah aku mengenali
dirimu. Sejak kecil, aku diajar untuk mencintaimu. Jadi hari ini, aku menulis
warkah ini – dari sudut hati yang paling dalam.
Mana mungkin.
Aku tahu mana mungkin engkau akan
membaca warkah kecil ini. Tetapi jika benar engkau membaca, subhanallah tiada
kata yang dapat aku ungkapkan. Ianya akan menjadi momen terindah dalam hidupku.
Dahulu, aku tidak tahu siapa
engkau. Semua orang selalu menyebut-nyebut namamu. Memuji-mujimu. Kenapa ya?
Mereka sanggup menggadaikan
nyawa, menumpahkan darah, membasahi diri dengan keringat, melindungi engkau
dengan sepenuh jiwa dan raga, dan menyerahkan diri mereka sepenuhnya untuk
berkhidmat kepadamu dan Islam.
Semakin aku dewasa, kini sudah ku
temukan jawapannya. Kerana engkau dihantar ke bumi untuk menyebarkan haruman
Islam, untuk memimpin dunia menjadi sebuah tempat yang lebih baik, untuk
menyempurnakan kebaikan.
Apa yang telah engkau ajarkan, aku cuba
untuk melakukannya. Cuba untuk istiqamah.
Tetapi, selalu gagal. Allah,
maafkan aku. Tetapi aku akan terus cuba dan mencuba.
Selalu juga aku rasa seperti
malas solat, malas puasa, malas beribadah, malas berdakwah. Futur. Tetapi bila
mengingatmu – seorang lelaki yang sudah dijamin syurga – aku jadi malu, malu
yang teramat.
Engkau dijamin syurga, tetapi
masih solat hingga bengkak kaki.
Engkau dijamin syurga, tetapi
masih selalu berpuasa sunat apatah lagi di puasa di bulan Ramadhan.
Engkau dijamin syurga, tetapi
masih kuat beribadah. Katamu, tidak bolehkah seorang hamba hendak menzahirkan
rasa syukurnya pada Rabbnya? Allah, aku sendiri – jarang sekali aku bersyukur.
Engkau dijamin syurga, tetapi
masih berdakwah hingga penuh badan dilumuri darah dek kerana tentangan mereka
yang kafir dan diludah pula pada wajah sucimu. Tetapi aku, belum seberat itu
ujian yang aku terima – mudah benar aku berputus asa.
Setiap kali mengingati setiap
pengorbananmu, hatiku jadi sebak. Rasa malu yang teramat sangat. Kenapa cepat
sangat futur? Berat sangatkah ujian yang aku hadapi kalau mahu dibandingkan dengan
ujian yang engkau terima?
Iman. Iman aku yang terlalu
rapuh. Baru dijentik sikit, sudah mengalah.
For the man I love,
Aku rindu. Aku rindu untuk hidup
bersamamu. Walau tidak pernah sekalipun aku hidup di zamanmu, apatah lagi
melihat wajahmu; tetapi hati ini sering saja rindu. Sebenarnya aku malu, malu untuk mengungkapkan cinta dan rindu sedangkan sunnahmu masih belum aku ikuti. Allah :(
Ajaibnya perasaan ini. Tidak bertemu
tetapi tetap rindu. Ajaibnya kuasa cinta yang sudah Allah tanamkan dalam hati
ini.
Tahukah engkau akan keadaan dunia
sekarang ini?
Kucar kacir.
Porak peranda.
Kezaliman di mana-mana.
Penindasan tidak mengira siapa.
Maksiat berleluasa.
Dosa pahala entah dicampak ke
mana.
Selalu aku lelah dengan keadaan
dunia sekarang. Kenapa semua ini terjadi? Fikirku. Tidak wujud lagikah sebuah
dunia yang aman?
Waktu pemerintahanmu dulu, tiada
seorang pun yang tersakiti.
Tiada seorang pun yang terzalimi.
Muslimin Muslimat tunduk akur pada
perintah Allah.
Agama Islam tersebar luas, berbondong-bondong yang mula memeluk agama Islam.
Tidak seperti sekarang.
Aku tidak dapat membayangkan apa
perasaanmu andai engkau melihat semua ini.
Mungkin sedih.
Kecewa.
Kesal.
Maafkan kami. Maafkan kami. Maafkan
kami. Moga saja semua ini akan segera berakhir. Dunia yang aman dengan Islam
kembali mendominasi akan wujud lagi. Seperti suatu ketika dahulu..
For the man I love,
Aku rindukan engkau.
Aku cintakan engkau.
Andai aku diberi peluang untuk
bertemu denganmu, akan aku katakan padamu;
“Aku cinta padamu.”
“I Love You.”
“Wo Ai Ni.”
“Aishiteru.”
“Saranghae.”
Malah kalau disebut semua bahasa
yang ada di dunia ini untuk mengekspresikan cintaku padamu, belum tentu cukup
jika hendak dibandingkan dengan besarnya cintaku padamu.
Aku juga ingin mengucapkan terima
kasih;
Atas segala kasih.
Atas segala cinta.
Atas segala sayang.
Yang engkau curahkan dulu, kini dan akan berkekalan selamanya inshaAllah. Kerana cintamu kasihmu, hari ini satu-satunya agama yang Allah
redha masih mampu berdiri. Dan inshaAllah, akan terus teguh berdiri.
Always I wonder,
Rasanya bila kita boleh duduk
bersama, berbual-bual panjang, dan berkongsi segala cerita ya? :)
Seakan mustahil pula, seorang
hamba marhaen penuh dosa seperti aku ingin duduk bersama lelaki paling mulia dan hebat di muka
bumi seperti engkau.
Apa rasanya andai momen itu
benar-benar terjadi?
Indah. Pastinya sangat indah bukan?
Tetapi ibu bapaku mengajar, jika
hendak berjumpa denganmu, rajin-rajinkan diri berselawat ke atasmu. Ya, itu
yang aku cuba lakukan walau kadangkala terlupa juga. Aku akan cuba!
Allahumma Solli 'Ala Muhammad. Allahumma Solli 'Ala Muhammad. Allahumma Solli 'Ala Muhammad.
Dan hari ini, aku mahu satu dunia
tahu; yang aku cinta kepadamu.
I Love You Ya Rasulullah.
I Love You So Much.
You Are The One; The Chosen One; The
Man I Love after our Creator.
Aku sedang dilamun cinta.. I’m In
Love!
Yang sangat memerlukanmu,
Aku.

No comments:
Post a Comment