Friday, 12 December 2014

MH370: Harapan Selalu Ada

https://www.google.com.my/search?hl=en&site=imghp&tbm=isch&source=hp&biw=1024&bih=499&q=love+letters+straight+from+your+heart&oq=love+letter&gs_l=img.1.3.0l10.9447.11565.0.14945.11.7.0.4.4.0.345.1054.0j5j0j1.6.0.msedr...0...1ac.1.60.img..1.10.1132.GrG-lTquQAM#hl=en&tbm=isch&q=pray+for+mh370+aimated+gif&imgdii=_


Suatu hari, Zara (salah seorang dari Double Z) berkata kepada saya;

“Auni *bukan nama sebenar*, can you write about MH370?”

Dessuupp!

MH370?

Lupa. Saya hampir sahaja melupakan mereka.

“Why?”

“I don’t know. Suddenly I remember them. It is sad to know that we are not able to find them yet.”

“How long eh since they disappeared all of sudden?”

“I can’t remember it well. I guess around March or April. It has been about eight months plus.”

Diam.

“What do you want me to write about it? My opinions?”

“No. Ok maybe some. I want you to express your feeling. I guess Malaysians have already forgotten about it. Whenever I remember them, I can’t help it. I feel sad. Pity to their families here..”

And Zara, this is it..

------

Terus saya membuat sedikit research.

“Tarikh MH370 hilang.”

8 MAC 2014.

Saya masih ingat, waktu itu saya mendapat Whatsapp di group family saya. Makcik saya memberitahu berita yang mengejutkan itu. Mulanya saya tidak percaya, maklumlah waktu sekarang terlalu banyak berita dan cerita palsu yang sengaja disebarkan demi kepentingan sendiri.

Waktu itu saya terfikir, “Takkanlah kapal terbang sebesar itu boleh hilang? Mustahil!”

Terus saya buka Facebook, viral. MH370 sudah viral di Facebook. Semua menceritakan tentang MH370 – sebuah pesawat jenis Boeing 777-200 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal yang berlepas dari KLIA dan dijadualkan mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari sama – tiba-tiba hilang daripada radar.

Hilang.
Disappeared.
Vanished.

Sehinggalah hari ini, waktu entri ini ditulis – 9 Disember 2014. Bermakna sudah sembilan bulan MH370 hilang tanpa khabar berita. Nine months is not a short time..

Allah, Allah.

Bila saya memikirkan tentang hal ini, satu perkara yang terlintas di fikiran saya.
Betapa pengetahuan manusia itu sangat sangat sangat sangat sangat TERBATAS. Dengan segala macam teknologi moden yang ada pun, kita masih gagal menjumpai kapal terbang sebesar itu.

Sungguh, kalau nak bandingkan ilmu kita ni dengan ilmu Allah – Macam langit dengan bumi. Malah jauh lagi. Cuba celupkan jari kita dalam air laut. Setitik air yang jatuh itulah ilmu kita, dan laut yang luas terbentang bagai tiada penghujung itu ilmu Allah.

Rasa kerdil sangat.

Tak percaya? Mari buka Alquran, surah Al Kahfi ayat 109;

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.”

Allahu. Lihatlah, ini kata-kata Allah. Bukannya saya.

Jelas buktinya di sini.

Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan, dibantu juga oleh pelbagai negara.

Pelbagai teori demi teori yang timbul untuk menyelesaikan masalah ini. Walaupun ada antaranya yang tidak relevan langsung. Alhamdulillah,  saya diajar oleh ibu bapa saya untuk tidak terus mempercayai sesuatu berita, sebaliknya selidiki kesahihannya terlebih dahulu.

Masih juga tidak ditemui.
Sehingga sekarang.

------

Ibrah to ponder

Saya tertarik dengan kata-kata Kapten Norudin, seorang bekas Ketua Fleet B777 dan merupakan juruterbang pertama yang menerbangkan pesawat Boeing B777 ke Malaysia;

“Allah menghantar peristiwa MH370 agar kita kembali kepadaNya dengan rendah hati. Sains sifatnya ciptaan dan ciptaan pasti ada penciptanya. Allah nak ingatkan kita bahawa dunia ini bukan milik kita. Dia yang menciptakan sains dan Dia berkuasa meletakkan manusia di mana sahaja. Di mana sains berakhir, di situ kuasa Allah bermula.”

Di mana sains berakhir, di situ kuasa Allah bermula.
Di mana sains berakhir, di situ kuasa Allah bermula.

Benar. Hatta sains dan penciptaan termoden di dunia pun tidak mampu untuk menandingi kekuasaan Allah yang Maha Besar. Tidaklah saya katakana kita tidak perlu berusaha, kita perlu berusaha. Tetapi jangan lupa, kuasa Allah tiada tandingannya.

Doa.
Doa.
Dan terus berdoa.

Tak dapat saya bayangkan apa perasaan ahli keluarga mereka yang terlibat. Allah telah menguji mereka dengan ujian yang maha hebat. Tapi subhanallah, tahap kesabaran mereka memang boleh saya katakan superb. Allah memberi kekuatan yang luar biasa buat mereka.

Saya sendiri menangis apabila teringat tentang MH370. Malah saat ini, saat entri ini ditaip – sebak terasa di hati. Allah..

Moga kalian terus tabah. Terus cekal. Terus kuat.

Mehnah ini bukan saja-saja Allah turunkan, melainkan kerana Allah sayang.  Melainkan kerana Allah mahu kita kembali semula kepada Dia. After all, we can’t deny that He is above all the things existed on this earth.

Tetap Dia yang teratas. Tetap Dia yang berkuasa.  
        
Percaya, suatu hari nanti. Sinar mentari kan muncul lagi, kelam ini akan segera pergi. MH370 akan kembali, asal saja doa tak henti.

------

MH370,
Asal saja kau tahu.
Harapan ini tidak pernah mati.
Jiwa ini tidak pernah berhenti mengharap.
Tidak sekali-kali.

Di manapun kamu berada sekarang,
Dari manapun kamu datang,
Ketahuilah satu perkara,
Tangan dan hati kami sentiasa terbuka,
Menanti kepulangan kalian.

Jauh kami menunggu, 
Biar ketahuanmu, 
Di sini kami selalu merindu,
Jauh kami berharap,
Kembali kau pada kami,
Akhiri penantian kami..

Pulanglah,
Kami merinduimu.                                         

-------

Mari sahabat, mari kita doakan MH370. Doa kita bukan bermusim.


Kerana harapan selalu ada, buat mereka yang ingin percaya.

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik