Wednesday, 10 December 2014

Healing The Ummah

https://www.google.com.my/search?hl=en&site=imghp&tbm=isch&source=hp&biw=1024&bih=499&q=worldly+life&oq=worldly+life&gs_l=img.3...158.3540.0.4855.12.10.0.0.0.0.0.0..0.0.msedr...0...1ac.1.60.img..12.0.0.1R_n-j5XAd0#imgdii=_


Semenjak dua menjak ini – to be specific sejak blog ini ‘ditubuhkan’, my mind keeps wandering around. Selalu saya tanyakan diri saya;

What should I write for my first entry instead of introducing myself?

Mungkin orang akan kata, mungkin.

Alah, tulis jelah. Blog sendiri kanTak. Tak semudah itu. 

First thing to be aware of is, all my writings will be accountable in the Hereafter. 

Dan saya sendiri tidak tahu kenapa. I used to write few blogs before but for this blog, I just can’t. Mungkin kerana saya kini ingin mula serius menulis blog. Dan kerana blog ini bukan hanya milik saya, ianya milik kita – contentnya bukan untuk saya seorang, tetapi juga untuk anda.

Ya, anda yang sedang membaca.

Jadi saya mula berbalik pada moto yang saya reka sendiri apabila saya berfikir untuk mula serius menulis;

“HEALING THE UMMAH”

Sounds impossible but you will never know how to walk unless you make your first step!

Ok, I think I already know what to write. So let’s start!

------

The Purpose(s) of Life; Are we aware?

Apabila terlintas di fikiran saya – Healing The Ummah – sebagai panduan untuk saya menulis. Saya tanyakan pada diri saya semula; to heal the ummah, what are the things you should possessed?

Tujuan. Kenapa kau nak sembuhkan ummah?

Dan persoalan itu berbalik kepada diri saya sendiri.

Masih tujuan. Kenapa kau hidup?

Saya percaya dan sangat percaya, masih ramai di antara kita yang masih tercari-cari tujuan hidup. Masih tercari-cari kenapa aku dilahirkan ke dunia. Untuk apa? So do I.

Dan nah! Allah yang menghidupkan kita, sudah tentu ada tujuannya. Bukan saja-saja. 

Psstt, sebenarnya ada dua sahaja tujuan penciptaan kita di dunia ini.

Dua je?!

Seriusli. No jokes!

Jom tengok ayat-ayat cinta Allah ni;

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata, ‘Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?’ Dia berfirman, ‘Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.’” 
(Al Baqarah: 30)

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka  beribadah kepada-Ku.” 
(Az Zariyat: 56)

------

KHALIFAH dan IBADAH

Khalifah? Siapa khalifah?

Kita. Kitalah khalifah itu.

Hah? Jadi kena tadbir negara lah?

Ok ok. Lemme explain it briefly ok.

Khalifah as we already know adalah pentadbir-pentadbir, raja-raja yang memerintah negara-negara Islam suatu ketika dahulu. Fungsinya lebih kurang sama seperti fungsi sultan/raja/perdana menteri.  Sekarang, gelaran khalifah tidak lagi digunakan.

Tapi, ada tapinya.

Bukan khalifah itu yang saya maksudkan. Sabar.

Just so let you know, ada dua jenis khalifah dalam dunia ni.

1. Khalifah al – ‘Ammah

Khalifah in general, am. Siapa khalifah am tu? Kitalah. Kita khalifah kepada DIRI KITA SENDIRI. Khalifah itu tugasnya mentadbir. Jadi kita MENTADBIR DIRI KITA SENDIRI. Kita berkuasa ke atas diri kita sendiri. Self-empowerment opah saya kata. Buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang. Apa yang baik, kita ambil dan amalkan. Yang buruk, kita buang jauh-jauh. Allah kata dalam surah An Nur ayat 55;

“Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan yang mengerjakan kebaikan, bahwa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka dengan agama yang telah Dia redhai. Dan Dia benar-benar mengubah (keadaan) mereka, setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka (tetap) menyembahKu dengan tidak mempersekutukanKu dengan sesuatu pun. Tetapi barangsiapa (tetap) kafir setelah janji itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.”

Subhanallah, nampak tak? Taat Allah, ikut perintah Allah – maka ganjarannya syurga.

Diulang, SYURGA!

Allah, siapa yang tak nak masuk syurga? Mustahil tak ada yang nak. For sure semua nak! Tapi betul ke kita ni tengah berusaha menuju syurga? Atau masih main-main dengan dunia?

Recheck.

2. Khalifah al – Khassah.

Khalifah khas yang menceburi bidang politik. Yang mentadbir negara. Yang mewarisi Rasulullah SAW dalam meneruskan dakwah dan menyebarkan haruman Islam. Mereka ini yang mentadbir urusan-urusan dunia/negara mengikut garis panduan Islam. Tak perlu saya huraikan panjang lebar kot? Saya rasa ianya mudah untuk difahami.

Jadi sudah jelas dengan tujuan hidup kita yang pertama? Jika sudah, jom tengok sebab kedua kenapa kita hidup.

------

IBADAH

Saya percaya apabila sebut sahaja ‘ibadah’; minda kita akan terus ingat tentang solat, baca Alquran, tahajud etc. Benar, anda benar. Saya tidak katakan ianya salah.

Tetapi. Masih ada tetapi.

Do not be narrow minded. Jangan sempitkan pemikiran kita dengan – ibadah means solat, Alquran, solat, Alquran and so and so.

Berniaga juga ibadah.
Belajar juga ibadah.
Bermain juga ibadah.
Makan juga ibadah.
Tidur juga ibadah.
Basuh kereta juga ibadah.

Seriusli? Makan tidoq pun ibadah gak?

SERIOUSLY. No kidding hokey.

Malah seluruh kehidupan kita, jika betul niat dan caranya – so they can be considered as Ibadah. Bermakna bila kita buat, kita dapat pahala.

Allah says; “I created not mankind and jinn, but to worship (Me).” (51: 56)

Bila kita sempitkan skop ibadah hanya dengan solat, Alquran, solat, Alquran – maka kita akan tinggalkan terus kehidupan dunia kita.

World and Hereafter – they need to be balance.

Sebab apa?

Kita perlukan hal-hal dunia – makan, tidur, belajar, kerja, berkeluarga etc. Untuk apa – survive. We need to survive in order to make us keep living. Most important, kita perlukan dunia untuk ibadah kita. Macam mana nak ibadah kalau tak makan? Tak ada tenaga? Think. Allah tak larang, Rasulullah SAW tak larang. Rasulullah sendiri bekerja, berkahwin, makan, tidur. Baginda orang paling mulia atas muka bumi ni, dan baginda still buat apa yang orang biasa buat. In fact, baginda yang dah confirm dalam list ahli syurga pun still solat sampai bengkak kaki.

Tetapi.

Macam saya cakap tadi, keep it balance. Malah ‘makanan akhirat’ kita perlu lebih lagi! Sesetengah kita, terlalu kejar dunia. Terlalu kuat belajar sampai lupa solat lupa baca Alquran. Belum cerita bangun tahajud lagi. Haaaaaa *dushdush*

Saya sendiri, kadang-kadang tergelincir juga. Ops rasanya selalu sangat, Allah T-T

Terlalu sibuk dengan dunia, sampai lupa akhirat. Bukan itu yang Allah nak.

Allah gives us 24 hours a day. Bila Allah beri, maknanya Allah tahu masa itu cukup untuk kita. Itu pun kita masih mengeluh,

Tak sempat weh baca Alquran,.
Tak sempat solat. Nanti jelah aku qada’(kalau qada’…….)
Letih sangatlah nak bangun tahajud. Ngantuk.

Kepada sahabat dan diri sendiri, mari saya khabarkan sesuatu.

Solat itu kerehatan. Kerehatan untuk tubuh yang seharian bekerja.

Alquran itu penyembuh dan penenang, kerana di dalamnya itu ayat-ayat cinta Allah buat kita.

Kalau solat adalah cara kita berinteraksi dengan Allah, maka Alquran adalah medium untuk Allah berinteraksi dengan kita.

Indah kan?

Dan tahu tak kenapa masa kita selalu sahaja 'tak cukup'? Because of keberkatan masa. 

Amenda pulak keberkatan masa ni Cikentang? Pening ah peningg.

Ok ok inshaAllah next entry saya cerita. If Allah wills ok :)

------

Inilah. Inilah yang Allah nak dari kita. Inilah sebab kenapa kita dicipta. Allah takkan saja-saja ciptakan kita. Kalau tak ada tujuan, what for?

Like what I said, we have only TWO PURPOSES of life. 

Manusia. Al-Insan. Asal perkataan 'Al-Insan' sendiri adalah 'Nasiya' yang bermaksud, LUPA.

Manusia mudah lupa. *Melayu mudah lupa is too mainstream huh?*

Lupa tujuan kita dicipta. 
Lupa mati itu bila-bila.
Lupa Allah yang mencipta. 

Leka sangat dengan dunia. Lupa Allah, sedangkan yang cipta kita, yang ciptakan dunia adalah Allah. Bila-bila masa je Allah boleh ambil nyawa kita, dan hancurkan dunia.

Jadi kenalah sentiasa get ready. Sebab kat dalam kubur nanti bila sudah sampai masa kita, kat padang mahsyar nanti – there’s no such thing called TAUBAT. 

Malaikat will not ask you first before they take your life away; 
"Have you make tawbah? If don't, do it now."

And you yoursellf can't ask them for excuses like;
“Kejap, jangan hukum aku dulu. Aku belum taubat. Bagi aku can nak taubat jap.”

Eheh. Tak ada maknanya.

Tak ada sayang. Tak ada. Sebab tu saat ini, waktu ini, jam ini, kita masih lagi hidup. Masih lagi belum tertanam dalam tanah. Kerana apa? Kerana Allah masih beri peluang. Kerana kita terlalu banyak dosa kita. Allah nak kita taubat dulu sebelum nyawa kita diambil.

Yet we still main-main. Solat main-main. Alquran jarang baca. Belum cerita movies, games, lepak-ing, facebook-ing, twitter-ing, instagram-ing, kpop-ing, 24/7 sampai lupa Allah. Kenapa? Lupa kan. Kita lupa mati tu bila-bila masa.

Jadi mari saya ingatkan kalian and of course me myself; Hidup di dunia ni tak lama. Fulfill these two purposes and you’ll rest in heaven forever in the Hereafter.

------

HEALING THE UMMAH

Kepada yang dah sedar kenapa kita hidup, mari kita ajak orang lain untuk sama sedar. Ummah ini sedang tidur. Ummah ini sedang sakit.

Percayalah, jika kita sedar dengan dua tujuan ini; kita tiada masa untuk main-main lagi.

Tak ada.

Dunia ni macam kapal besar. Bila kapal besar kita ni nak karam, mesti kita semua takut. Takkan nak selamatkan diri sendiri je, jadi tarik sama orang lain. Takkan nak biar je dia jatuh dalam laut? Sama juga macam syurga.

Oleh sebab kita tak nak masuk syurga sorang-sorang, ajaklah orang lain. Ta’muruna bil ma’ruf wa tanhauna ‘anil munkar. Sembuhkan ummah ini. They need us. Ummah need us. Apapun caranya. Kerana tak ada orang yang dicipta, tetapi tiada manfaat langsung kepada orang lain. Mesti ada punya.

Mari :)

------

Saya tinggalkan anda dengan lirik lagu The Worldly Life by Maher Zain ini. I personally love this song so much. Look at the lyrics, there’s so much word to ponder. 

How beautiful, is this worldly life
But not a soul shall remain
We all come into this world
Only to leave it one day
I can see that everything around me
Rises then fades away
Life is just a passing moment
Nothing is meant to stay

This worldly life has an end
And it’s then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It’s just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever

So many years, quickly slipping by
Like the Sleepers of the Cave
Wake up and make a choice
Before we end up in our graves
O God! You didn’t put me here in vain
I know I’ll be held accountable for what I do
This life is just a journey
And it’s taking me back to you

So many get caught in this beautiful web
Its gardens become an infatuation
But surely they’ll understand at the final stop
That its gardens are meant for cultivation

Selamat mencari tujuan hidup :)


No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik