Authors;
Dr. Anwar Fazal, MD –
Dr. Aizzat, MD – Dr. Azah, MBBS
Pages;
142
Price;
RM 20.00
*I am not
sure whether the price are the same at all bookshops*
Publisher;
Dubook Press
Description;
Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu:
1) Kaya
2) Bergaya
3) ‘Glamour’
4) Rasa
‘Superior’
Lupakan serta merta. Kuburkan
cita-cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan
kamu semua di atas, bukan kerjaya kedoktoran.
Ini kerjaya yang akan buat kamu
rasa betapa dengkelnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa Dia. Ini kerjaya
yang boleh buat kamu lebih hargai setiap degup jantung manusia kerana ia mampu
berhenti tiba-tiba, pada bila-bila masa. Ini kerjaya yang boleh buat kamu
terpaksa korbankan banyak perkara yang kamu mahu di dunia (antaranya cinta) kerana
mahu menyelamatkan nyawa.
Maka kerana itu DIAgnosis
tercipta untuk memberi inspirasi dan pengajaran bukan hanya pada doktor, bakal
doktor atau semua yang bekerja dalam bidang perubatan tetapi juga disasarkan
pada semua lapisan masyarakat.
Moga usaha kecil ini Dia terima
sebagai saham akhirat. InshaaAllah.
“Setiap DIAgnosis itu hakikatnya
datang dari DIA. Doktor hanya perantara.”
Selamat membaca.
------
My Review
The first time I ever heard about
this book is at Twitter. I can’t understand why there’s so many people talk
about this book here and there. Hashtag #DIAgnosis is everywhere.
Saya try survey, buku ni pasal
apa sebenarnya? Since all the authors are doctors, so I assume ini buku perubatan.
Yeah, medical-based book. So saya macam tak berminat jugalah at first. Because
I am not a medic student and my field is far far faaaarrr awayyyyyy from medic
*nampak tak ke’far’an-nya tu*
And I was like, wow ramainyaaaaa
budak medic kat Twitter ni – just because everyone is talking about that book
HAHAHA! *I am stereotyping, this is not good*
Ok dah.
To make it short, I borrowed this
book from my roommate, Zati - she’s not a medic student too.
I can say this book is the
compilation of experience in medical field faced by these three awesome
doctors.
Dr. Anwar Fazal yang bekerja di
sebuah hospital kerajaan menulis tentang pengalaman-pengalamannya sewaktu
mengendalikan pesakit. Memang banyak kerenah pesakit beliau and I even laugh
too bila tiba part yang saya rasa kelakar!
Ya, dengan pesakit yang kurang
sabar, yang menipu semata-mata kerana inginkan MC, yang ingin kembali ke
pangkal jalan dan banyak lagi. Serius best!
Kadang-kadang saya terfikir juga,
ada tak aku buat perangai macam tu kat mana-mana doktor? Rasanya tiada. Saya kan
budak baik. *ehh
Dr. Azah Isa pula menulis empat buah
cerpen pendek yang saya rasa ibrahnya
sangat banyak. Cerita yang mungkin ringkas tetapi sarat dengan moral dan
pengajaran. I am not sure whether they
are her own experiences or what, but I can say the stories are just awesome!
Honestly keempat-empat cerita
amat menyentuh hati saya. Cerita tentang pengorbanan seorang isteri, ibu,
perjuangan seorang yang ingin lahir ke dunia, si ibu muda yang mempunyai anak ‘sebelum
masanya’, dan mengapa kebanyakan pakar sakit puan adalah dalam kalangan doktor
lelaki dan bukannya perempuan.
I love the stories :)
Dan Dr. Aizzat iaitu suami kepada
Dr. Azah sendiri juga turut menulis beberapa buah cerpen yang cukup
menginspirasi!
Azam seorang bakal neurosurgeon,
kasih ibu dan anak dan kisah kematian yang pada saya amat menyayat hati.
Saya sukakan quote ini, diambil
daripada cerpen Egoistik oleh Dr. Aizzat;
“The mediocre teacher tells. The
good teacher explains. The superior teacher demonstrates but the great teacher
inspires.” – William Arthur Ward
Well said.
-------
To conclude,
This book is really teaching me
to appreciate doctors more and more. Yeah, maybe some of us might be disagree with
their opinions or do not like the way they treat or what.
But after all, they’re human
though.
Dengan on-call nya, non-stop
working for 40 hours – dengan nak melayan kerenah pesakit yang kadang-kadang
memeningkan – pressure itu biasa, but amazingly.. they still can bear with
that. Massive respects for all doctors out there!
To be honest, I love to see how
they work. Sangat determined. Because they deal with human life and it is not
an easy task. Dulu pernah saya berangan nak jadi doktor, berangan je lah.
Hahaha.
For this book, walaupun ada
certain medical terms yang saya kurang faham – but that’s alright. They put
short description at the bottom of the pages and if you still can’t understand
it, mohon pi google atau tanya yang lebih arif. No matter what fields that you
are in, this book will fits you well. Seriously, no doubt. I bet you’ll get
some knowledge about medical field.
“Setiap DIAgnosis itu hakikatnya
datang dari DIA. Doktor hanya pengantara.”
Overall – This. Is. Absolutely.
A. Great. Book! May Allah bless the authors :)
HIGHLY RECOMMENDED!

No comments:
Post a Comment